Hujan. Di dalam kereta ayah tiada payung. Ayah memarkir agak jauh. Hujan tidaklah lebat sangat. Ayah berjalan meredah hujan mengambil anak ayah dari sekolah.
Rasanya tidak salah ayah membiarkan ayah dan anak ayah dibasahi hujan. Biarlah anak ayah rasa ditimpa air hujan. Biarlah anak ayah rasa sejuknya air hujan.
Rupanya-rupanya, anak ayah tidak kisah langsung walaupun hujan. Dia tetap menarik tangan ke arah penjual aiskrim bermotor. Tetap mahu ditambah kesejukannya dengan menikmati aiskrim.
Ayah menikmati sejuk hujan.
Anak ayah menikmati sejuk aiskrim dalam sejuk hujan.
Translate
Wednesday, July 27, 2016
Sejuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment