Kebiasaannya, ayah tengok ikan salmon dalam 'National Geographic'. Beruang pun kebingungan kerana ikan salmon terlalu banyak dan sudah pasti yang tidak bernasib baik menjadi hidangannya.
Emak suka makan salmon bakar. Emak suka masak ikan salmon bakar yang diperap terlebih dahulu. Ayah hanya makan ikan salmon yang ditaruh sos salad 'thousand island'. Apabila salmon ditambah dengan perahan lemon, cukup menaikkan selera, yang tinggal hanyalah kulit dan tulang.
Along pun suka juga salmon bakar. Setelah kekenyangan, salmonnya masih berbaki di dalam pinggan. Emak menyuruh along meletakkan pinggan di dapur. Kemudian ayah ke dapur dan mendapati pinggan along yang masih berbaki ikan salmonnya sudah berada di dalam singki. Ikannya sudah 'berenang' di dalam pinggan yang dipenuhi air.
Anak-anak seperti along yang berumur 7 tahun sememangnya jujur kata emak sambil tersengih. Nampaknya anak-anak sebesar ini perlu diberikan arahan yang jelas dan teratur supaya makanan yang masih berbaki atau yang masih boleh dimakan diletakkan di atas meja di dapur. Jika tidak, carilah makanan itu di dalam singki atau di dalam tong sampah.
Translate
Monday, July 25, 2016
Salmon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia Ke Sorga
Dua hari lepas, Ayah dan Along ke Bentong, bukan untuk mencari halia Bentong tetapi menghadiri walimatulurus. Rasa macam baru makan kenduri...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment