Adik belajar perkara baharu setiap hari. Itulah yang seharusnya berlaku kepada diri ayah dan diri semua orang, iaitu berkembang dari sehari ke sehari dengan belajar perkara-perkara baharu dan menjadi lebih baik.
Dia mula pandai menyebut 'babai'. Sebelum ini 'boboi'. Kenal pula gambar 'boboiboy'. 'Ayah' dan 'abang' selalu keluar daripada mulut mungilnya.
Emak tertunggu-tunggu dia menyebut 'umi' dengan kerap kali kerana hanya sesekali perkataan itu keluar daripada bibirnya.
Sekarang ini banyak perkara yang dipelajari dia dan waktu ini dia menunjukkan botol susu yang sudah nol. Ayah harus membancuh susu sekali lagi.
Translate
Saturday, July 30, 2016
'Babai'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Ujar Detik Yang Beredar
Pagi ini aku melihat pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment