Yang menggembirakan anak ayah ialah apa-apa yang disuruh oleh guru mesti dipatuhi. Mengikuti segala arahan sesuatu yang perlu dipatuhi dan itu membuatkan anak-anak kecil merasa selamat dan gembira terpancar pada wajahnya.
Anak-anak ayah gembira apabila kerja sekolahnya siap. Anak-anak ayah akan gembira jika peralatan untuk melukis dan mewarna lengkap. Anak-anak ayah akan gembira jika alat tulisnya lengkap. Anak-anak ayah akan gembira jika pakaiannya lengkap hatta pakaiannya untuk jamuan raya termasuklah samping. Pabila semuanya telah dipatuhi, anak-anak berasa cukup selamat.
Apa-apapun yang lebih penting malamnya itu, tidurnya harus cukup. Bangun paginya cukup mudah dan tanpa banyak soal. Ayah dulu pun begitu.
20Julai2016
No comments:
Post a Comment