Ayah duduk di sofa. Adik sedang bermain. Ayah tidak lagi meniarap setelah digigit adik. Anak-anak ayah ralit menonton 'The Good Dinasour'.
Setelah dinosour itu jatuh dan dihanyutkan air, banyak cabaran dan kesusahan yang dilalui. Kesusahan itu salah seorang guru dalam kehidupan kita. Anak-anak ayah dapat lihat cabaran yang terpaksa dilalui dinosour itu bersama dengan budak kecil itu.
Anak-anak ayah akan diuji dengan kesusahan kerana kesusahan itu akan mematangkan dan mendewasakan anak-anak ayah. Kesusahan akan membuatkan anak-anak lebih menghargai kesenangan. Jikalau susah, anak-anak harus bersyukur kerana ada yang lebih susah daripada anak-anak.
Ayah tidak menolong dan hanya membiarkan anak ayah menolak sofa untuk mencari mainan di bawah sofa. "Tengok dinosour tu, ayah dia dah mati dan dia terpaksa buat sendiri".
Cabaran yang kecil baru bermula untuk anak ayah.
Translate
Saturday, July 23, 2016
Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment