Jumaat dan Sabtu katanya agak sibuk kerana banyak kenderaan yang dihantar untuk diservis. Orang Kemaman pun datang ke sini. Sementara menunggu kereta untuk diservis, mereka boleh berjalan di sekitar Kuantan. Jumaat Terengganu cuti.
Ayah pernah berjumpa satu keluarga dari Terengganu. Mereka datang ke sini semata-mata untuk menikmati mi 'sizzling'. Katanya mi 'sizzling' di Giant Kuantan sangat lazat. Ayah sendiri suka makan mi 'sizzling'. Sekarang along dan angah pun suka mi 'sizzling'. Sementara emak menjaga adik, kedua-duanya bermain di tempat permainan kanak-kanak yang disediakan. Ayah pula beratur panjang untuk membeli mi 'sizzling'.
Makan bersama dengan keluarga atau rakan-rakan satu aktiviti yang menarik. Aktiviti ini bertambah menarik jika kita dapat melupakan seketika telefon pintar kita sewaktu bersama-sama. Perkara ini juga yang ayah cuba untuk buat dan banyak kali juga tertewas. Pada pendapat ayah, inilah antara cabaran terbesar pada zaman sekarang yang menghalang komunikasi dua hala berjalan dengan lancar.
Apa-apapun, diulang sekali lagi, makan bersama-sama satu aktiviti yang menarik bagi ayah, apatah lagi sewaktu mi 'sizzling' masih berasap dan bertepatanlah dengan namanya itu.
Translate
Saturday, July 30, 2016
'Sizzling'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment