Waktu panas, minum air kelapa memang sedap. Kelapa sejenis tumbuhan palma. Ada yang memanggil nyog. Nama saintifiknya nucifera cocos. Nama lain ialah nyiur dan kerambil. Ayah tengok dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tadi.
Sampai di kampung, ayah mesti kait buah kelapa muda. Pokok lain ayah panjat. Pokok kelapa ayah tak panjat. Untuk kait buahnya, galah besi yang diikat sabit dihujungnya digunakan ayah. Kalau kelapa yang masih mumbang, jatuh ke tanah pun boleh terbelah. Sebab itu kena pilih betul-betul buah kelapa sebelum dikait.
Waktu ayah kecil, saat yang paling dinanti apabila kelapa tua dibelah. Ayah dan adik-adik menunggu untuk makan 'kumboi' yang ada di dalam kelapa tua. Kalau yang kecil, sedap rasanya. Yang besar kurang sedap kerana banyak air. Ada orang panggil kumbuih. Ada juga yang panggil tombong.
Nak rasa ? Cubalah!
20Julai2016
No comments:
Post a Comment