Emak selalu pesan kepada ayah supaya mencari jalan agar anak-anak kurang bermain permainan video.
Jadi, ayah pun cakap kepada anak-anak hanya boleh main ketika di dalam kereta sewaktu pergi ke sekolah (biasanya mereka tidur) dan waktu balik dari sekolah sebelum sampai di rumah.
Kebiasaannya, along yang memonopoli permainan video sewaktu di dalam kereta dan adik hanya memerhati. Apabila sampai di rumah, adik pula merengek kerana katanya yang bermain hanya abang dan bukannya dia. Kadang-kadang janji itu terpaksa dilanggar untuk memastikan adiknya juga dapat bermain dan ada masanya perlu cari aktiviti lain.
Inilah aktiviti lain waktu cuti untuk melekakan mereka daripada terus mahu bermain permainan video. Ayah perlu bersama dengan mereka dan emak boleh mengemas rumah.
Aktiviti 'memancing' kucing...
No comments:
Post a Comment