Hari itu ibumu menangis. Di klinik itu, ibu mengetahui engkau telah berada di dalam rahimnya. Hari ini hari lahir anak ayah. Ayah masih ingat hari itu. Setelah ayah diarahkan keluar dari bilik, baru anak ayah keluar. Ayah tunggu lama di luar bilik bersalin.
Hari ini anak ayah genap tujuh tahun. Anak ayah semakin membesar.Ayah pun semakin tua. Ayah mohon dimaafkan kerana lupa ucap selamat hari lahir waktu menghantar anak ayah ke sekolah pagi tadi. Waktu duduk di meja tadi setelah melihat almanak, baru ayah teringat kerana telah menulis nama anak ayah di situ tempoh hari.
Ustaz selalu berpesan, semakin bertambah usia, semakin bertambah amalan,itulah yang sepatutnya. Dan lambat-laun anak ayah akan memahaminya, Insya-Allah.
Selamat Hari Lahir
Ahmad Izz Shahid
No comments:
Post a Comment