Waktu sekolah rendah dahulu, semua memanggilnya Mr. Wallace, itulah guru bahasa Inggeris Opah.
Bagi Ayah pula, waktu di sekolah rendah, jika ada yang minta izin untuk keluar ke tandas walaupun sekadar menyebut,"May i go out," itu sudah dikira amat hebat. Mesti cakap dalam bahasa Inggeris (waktu bahasa Inggeris) jika mahu keluar dari kelas. Umi dengan Ateh pula sudah hafal ayat dalam bahasa Inggeris siap-siap dari rumah sebagai persediaan. Jika Umi mahu berjumpa Mak Ngah di kelasnya untuk mengambil pensel warna, jika waktu itu waktu bahasa Inggeris, maka ayat yang sudah dihafal boleh digunakan.
Tanpa kita sedar, guru bahasa Inggeris membuatkan kita berdoa hampir setiap hari. Sentiasa berdoa agar tidak terasa atau tidak perlu ke tandas sewaktu cikgu bahasa Inggeris sedang mengajar. Itulah hebatnya guru Bahasa Inggeris. Habis tu, bila mahu jadi mahir bercakap dalam bahasa Inggeris?
No comments:
Post a Comment