Diam diam berpandangan,
Mata bertentang mata,
Malu malu aku malu,
Kaubuat begitu.
Secebis lagu yang tidak asing bagi yang sudah tua seperti ayah, Diam-Diam Jatuh Cinta, nyanyian Ramlah, cukup mengasyikkan.
Cukup baik ada perasaan 'malu' apabila melibatkan hubungan antara lelaki dengan perempuan. 'Malu' ini harus dijaga seelok-eloknya. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa malu berkayuh, perahu hanyut, maksudnya, kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sudah duduk di rumah pula, ayah menunjukkan kepada Angah tumbuhan yang amat pemalu. Semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica' yang pemalu, disentuh terus menguncup daunnya. Ditinggalkan dan datang semula, daunnya kembali terbuka.
Apabila ingin belajar tentang sesuatu, 'malu' harus diletak ke tepi buat sementara waktu. Apabila melibatkan perhubungan lelaki dan perempuan, 'malu' wajib menjadi benteng yang kukuh, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment