Masuk hari yang ke-4 di rumah, mesti sudah ada rasa yang pelbagai.
Rasa manis ada, rasa pedas pun ada, rasa pahit pun ada, rasa masin pun ada. Rasa bagi yang bekerja pada saat genting begini, lagilah banyak. Sudah duduk di rumah, carilah sesuatu untuk dilakukan. Pasti ada sesuatu yang menjadi minat kita atau boleh menjadi minat baharu bagi kita selain makan dan tidur. Peribahasa Melayu ada berbunyi 'belum tahu dimasin garam', maksudnya masih belum mempunyai pengalaman (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Jika sudah dibuat berulang kali sesuatu yang baharu, mungkin menjadi pengalaman yang menyeronokkan tatkala duduk di rumah. Dalam masa yang sama, sentiasa berdoa agar keadaan pulih seperti biasa, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment