Translate

Thursday, March 5, 2020

Ghairah dan Tahniah

Saat ini ayah menunggu mi kari, air barli panas sudah sampai.
     Ayah seorang sahaja di sini. Umi mengambil anak-anak ditemani kakak Fatin yang baru mengambil keputusan SPM pagi tadi. Kakak Fatimah pula tidak dapat mengambil keputusan SPM hari ini kerana berada di Acheh. Sewaktu ayah meronda asrama petang tadi, ayah terjumpa kata-kata Sir Winston Churchill,"Success is going  from failure to failure without loss of enthusiasm." Keputusan peperiksaan di tangan, mungkin ada yang sudah merencana sesuatu, mungkin ada yang merasakannya satu bencana. Kejayaan akan  mengajar kita, begitu juga kegagalan yang akan lebih mengajar kita. 
   Selagi ada keghairahan untuk menggapai bintang di langit, gagal atau berjaya bukanlah persoalannya. Keghairahan pasti membantu kita mencari jalan dan mengetepikan alasan. Tahniah untuk semua yang kekal  ghairah mengejar impian!

No comments:

Sajak — Terima Kasih Cikgu

Membenderangi bak bulan menerangi bak matari  ajar tutur nur suluh gelap hidup terima kasih Cikgu Selamat Hari Guru. 16 Mei 2026 Kuantan ...