Hari Israk Mikraj, masih duduk di rumah.
Ayah keluar sekejap, beli barang di kedai runcit, sunyi tidak ada kenderaan, sampai di kedai barulah ada, itu pun boleh dibilang, tak sampai sebelah tangan. Rasa ngeri pun ada, tidak sengeri para doktor dan jururawat yang berhadapan dengan pesakit yang boleh dilihat dan virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bosan kita di rumah umpama langit dengan tanah yang dipijak berbanding barisan hadapan yang mempertaruh nyawa menguruskan secara langsung wabak Covid-19.
Bersyukurlah, duduk di rumah masih ditemani keluarga, ditemani kucing Opah yang tiada bernama. Saat yang sama, barisan hadapan sedang berjuang untuk kita semua tanpa keluarga di sisi! Ingatlah, jika tidak boleh membantu, berilah kerjasama, jangan menyusahkan orang lain! Kucing pun boleh duduk di rumah!
No comments:
Post a Comment