Kadang-kadang kita perlu memilih kerja atau memilih sesuatu dengan teliti.
Ayah masih mengingati kata-kata Hajah Safiah yang menyatakan bahawa kita perlu memilih program berimpak tinggi atau memberikan kesan yang besar, kesan yang maksimum, kesan yang terbaik. Apabila kita memilih sesuatu yang memberi impak maksimum, Insya-Allah kita akan mendapat hasil yang berkualiti, hasil yang betul-betul memuaskan hati. Memilih bukanlah bermaksud kita terlalu berkira-kira tetapi kita perlu memilih perkara atau program yang berimpak tinggi supaya berbaloi dengan kerja keras yang telah kita lakukan.
Kita perlu memilih sesuatu yang berbaloi dalam hidup kita dan orang di sekeliling kita. Kita tidak boleh terlalu taksub dengan sesuatu, menganggap kita tidak ada pilihan lain dan kepercayaan itulah yang akan membunuh kita perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment