Hari ini 20 Mac 2020, Jumaat yang tidak ada solat Jumaat.
Jumaat lepas belum ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan. Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sudah kuarantin diri di rumahnya. 14 hari masa kuarantin diperlukan. Menteri Kesihatan Belanda pun sudah letak jawatan. Dalam masa seminggu pun macam-macam boleh berlaku. Oleh sebab itu, kita memerlukan masa 14 hari untuk memutuskan rangkaian jangkitan virus covid-19.
Kesabaranlah yang diperlukan saat-saat ini dan memerlukan kita cakna untuk merujuk pihak yang betul jika memerlukan sebarang bantuan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Covid-19 sudah menjadi masalah kita bersama, cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.
No comments:
Post a Comment