Translate

Thursday, September 5, 2019

Pisau Risau

Kadang-kadang, apa-apa yang kita fikirkan tidak perlu pun kita fikirkan.
Puncanya? Kerisauan menyebabkan kita berfikir perkara yang tidak perlu kita fikirkan.
       Kerisauan  boleh menimbulkan sesuatu yang positif, tetapi yang paling bahaya apabila sering menimbulkan sesuatu yang negatif. Jika kesihatan yang  sering kita risaukan, tindakan yang diambil adalah dengan menjaga pemakanan  dan bersukan, itu satu perkara yang baik. Jika kerisauan itu mengganggu kehidupan kita sehingga menganggu kerja kita, kesihatan atau pemikiran kita sendiri, itu cukup berbahaya.
      Risau itu seperti pisau. Pisau menghiris buah-buahan, risau  menghiris perasaan. Pisau membawamu ke penjara belenggu, risau membawamu  ke gunung bersalju.


No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...