Translate

Sunday, September 29, 2019

Pangkal Jalan

 Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
      Minggu lepas, Achik cirit-birit. Umi gastrik dan cirit-birit, setelah ke klinik, umi rebah pengsan di klinik. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa berlaku. Adik juga muntah dan cirit-birit. Along juga muntah. Jumaat, ayah dibenarkan bercuti. Hari Sabtu ke sekolah sekejap kerana menguruskan seminar (terima kasih Cikgu Nazir Noh),  terima kasih kepada Cikgu Azliza dan Cikgu Nadzirah yang banyak menolong. Malam minggu, Achik ikut ayah iring pelajar ke Kuipsas, ada program Temu Penyair 3 Negara. Bahasa Melayu PT3 pula ditunda ke 9 Oktober 2019.
      Setiap hari kita diuji. Ada masa kita kawal keadaan, ada masa kita dikawal keadaan. Apa-apa pun berlaku, kita kembalilah ke pangkal jalan.  Hidup penuh ujian, ujian daripada Allah s.w.t..

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...