Translate

Tuesday, September 17, 2019

Kereta Lereng

Dahulu, basikal disebut sebagai kereta lereng. Orang Utara memanggilnya gerek.
       Dulu, Jepun bawa slogan Asia Untuk Orang Asia. Tun Dr. Mahathir pula memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Rajin orang Jepun selalu disebut. Dalam tempoh yang singkat, mereka kembali sebagai kuasa ekonomi yang besar selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom. Tun Dr. Mahathir tahu ada sesuatu yang dapat kita tiru dari Jepun, iaitu sikap rakyat Jepun. Tiru orang sudah berjaya, tiru cara kerja mereka sebab sudah terbukti berkesan.
      Dahulu, antara kenderaan yang digunakan orang Jepun untuk menawan  Tanah Melayu ialah basikal. Sekarang, sebahagian besar kenderaan dari Jepun juga 'menawan' jalan raya di Malaysia. Kerajinan dan kesungguhan orang Jepun seharusnya menjadi contoh kepada kita.

No comments:

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat  pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...