Translate

Thursday, September 26, 2019

Paku

Selepas kelas petang, ayah akan bawa Along dan Angah mengaji. Ayah tunggu  di dalam kereta.
      Tidak lama kemudian, ayah dengar  bunyi ketukan. Ayah ingat Along atau Angah. "Eh, bukan!" Ada budak cari emaknya. Dia berlalu setelah nampak ayah, masuk ke Kedai RM2. Ayah mengunci pintu kereta. Ayah  terus menanam dan mengutip hasil dalam 'Hay Day'. Tiba-tiba terdengar seperti pintu ditarik dari luar. Ayah berpaling. Ada ibu dan seorang anak di luar pintu sebelah kiri belakang. Nampak ayah, mereka berlalu. Ya, mungkin hari ini hari 'salah kereta'.
     Ada hari kita salah, ada hari kita betul. Jika salah, akui kesalahan. Jangan kerja menyalahkan orang dan cari salah orang. Kata orang tua-tua, mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

No comments:

Menginjak

Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas,  15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi.          Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...