Translate

Sunday, September 15, 2019

Sah

Esok hari Malaysia, 16 September 2019.
       Di mana-mana pun kita berada, kita harus bangga menjadi rakyat Malaysia. Orang luar negara pun suka akan negara kita. Ke mana-mana pun kita pergi, kita boleh melihat pelancong luar negara. Kemerdekaan yang kita kecap, keamanan negara antara faktor utama kita menggamit orang lain datang ke Malaysia. Ditambah dengan kepelbagaian bangsa, mewujudkan kepelbagaian seni budaya dan kepelbagaian juadah. Flora dan fauna menjadikan Malaysia pilihan utama untuk dilawati.
      Tidak kira siapa kita, dikenali atau tidak dikenali, kita sememangnya warganegara Malaysia yang sah, kita perlu menyayangi  dan menjaga negara ini dengan sepenuh hati.


No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...