Translate

Monday, September 9, 2019

Singkong

Pagi semalam ayah ke sekolah, ada senamrobik dan gotong-royong, pagi ini umi pula ke Kuala Lumpur ada robotik.
      Selepas senamrobik, murid-murid makan ubi kayu dan makanan dahulu kala sempena  program Bulan Kemerdekaan. Gotong-royong bermula, masing-masing ada kawasan sendiri untuk dibersihkan mengikut tingkatan dan rumah. Sambil bergotong-royong terdengar alunan lagu ''Singkong dan Keju', nyanyian allahyarham Arie Wibowo.
                  "Aku suka jaipong
                  kausuka disko o o o
                  Aku suka singkong
                  kausuka keju oh oh oh"
Ayah menerangkan kepada anak murid ayah, 'singkong' ialah makanan yang dimakan mereka sebentar tadi. Mereka mula meneka. Dalam bahasa Indonesia, singkong bermaksud ubi kayu (menurut Kamus Dewan Edisi Keempat). Bengkang ubi kayu pun sedap juga.
      Bagi orang lama, ubi kayu cukup besar maknanya. Ubi kayu bukan sekadar makanan tetapi menyimpan banyak cerita.


No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...