Translate

Friday, September 20, 2019

Tiga Bulan

Bayangkan jagung rebus atau jagung bakar, rasakan baunya!
     Cikgu Karim suka menjamu makanan kepada cikgu-cikgu dan staf, antara juadahnya, jagung rebus. Semoga rezeki Cikgu Karim  semakin melimpah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat jagung dimaksudkan sebagai sejenis tumbuhan yang buahnya bertongkol dan berbijiran yang boleh dimakan. 'Setahun jagung' sama dengan 'seumur jagung'. Maksud pertama, lebih kurang 100 hari (3 bulan) dan maksud kedua ialah terlalu muda. Jika makan jagung teringat cerita 'Sikit Punya Gila', Allahyarhamah Yusni Jaafar bertukar suara setelah tercekik tongkol jagung.
     Sedekah senyuman pun sudah baik, apatah lagi menjamu makanan kepada orang lain atau membelanja orang lain. Jagung bukan sekadar makanan tetapi membuatkan kita teringat akan seseorang. Doakan mereka!

No comments:

Amati

November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...