Translate

Friday, September 13, 2019

Merdeheka

Merdeheka atau merdeka sering disebut, sering didengari.
    Merdeka diberi makna yang pelbagai mengikut persepsi masing-masing. Sempena Bulan Kemerdekaan, semalam majlis penutupan dibuat. Pelbagai acara dijalankan untuk mengingatkan kita tentang pentingnya kemerdekaan serta mengenang kembali pahit getir dan susah payah generasi terdahulu untuk membebaskan tanah air tercinta ini. Kita sepatutnya mensyukuri dengan nikmat kemerdekaan yang dikecap ini dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya. Isnin ini, 16 September 2019, Hari Malaysia.
       Insya-Allah, merdeka menjadi milik kita selagi mana setiap orang  sedar tanggungjawab masing-masing sebagai seorang rakyat yang berpegang kepada lima prinsip Rukun Negara. Negara yang merdeka, negara berdaulat.

No comments:

Senja Pulang

Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...