Jika tidak ayah, umi. Jika tidak umi, ayah. Kadang-kadang, dua-dua sekali. Sabtu sentiasa bekerja.
Umi bawa murid robotik ke UMP Gambang. Ayah dan anak-anak di rumah. Tetap ada kerja yang perlu dibuat, cuma mahu atau tidak mahu sahaja. Dapat memilih kerja untuk dibuat semestinya dapat membuatkan kita berasa gembira atau puas hati. Hal ini kerana kerja yang dipilih itu kita sendiri pilih, dibuat secara sukarela, bukan secara paksaan. Kerja yang kita pilih sendiri membuatkan kita tidak sesekali merasakannya satu beban yang besar.
Kadang-kadang sesuatu kerja itu memerlukan paksaan, dicuba beberapa kali, baru menimbulkan minat dan keseronokan. Cuba dahulu, baru tahu tentang sesuatu. Jika tidak, kita mungkin sama dengan katak di bawah tempurung. Tempurung kelapa pun sudah ada harga dan jadi cenderamata yang unik hari ini.
Translate
Friday, July 5, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment