Translate

Saturday, July 6, 2019

Tunggu

Bersabar. Dia sudah letih mendengar perkataan itu. Dia tahu 'bersabar' pada tempatnya.
      Ini bukan bersabar sebenarnya tetapi letih menunggu. Letih menunggu janji-janji. Siapakah yang suruh berjanji? Dia menunggu satu demi satu janji. Jawapannya, "Bersabar." Bilakah mahu dilunaskan janji? "Kami perlukan masa," itu yang diulang-ulang. Telinganya sudah berasa  sakit seperti bernanah. Ah, di saat ini dia berasa seperti mahu mengamuk sahaja, tetapi mahu mengamuk kepada siapa?
      Dia mundar-mandir. Mulutnya, sekejap terkumat-kamit. Berhenti, matanya melilau. "Engkau daftar mengundi pun tidak, mengundi pun tidak, kerja pun tak mahu, engkau pula 'meroyan' kenapa?" sergah ayahnya. Lekas dia keluar dari pintu rumah, menghidupkan enjin motor dan berlalu pergi.




No comments:

Sajak — Ujar Detik Yang Beredar

Pagi ini aku melihat  pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...