Semua orang mahu jadi adiwira.
Semua mahu ada kuasa, kuasa luar biasa yang dimiliki Spiderman, Iron Man, Hulk dan lain-lain. Banyak yang mahu ada kuasa sebab mahu tolong lain. Memang nampak sangat seronok apabila ada kuasa. Adiwira sebenarnya ada di sekeliling kita atau mungkin kita sendiri tanpa kita sedar. Tidak ada kuasa luar biasa pun boleh tolong orang lain. Tolong emak, tolong ayah, tolong anak, tolong suami, tolong isteri dan tolong sesiapa sahaja.
Kadang-kadang, anak, anak murid atau orang lain mahu menolong kita, kita terima. Ada masa kita menolak, bukan sebab apa, sebab kita tidak mahu menyusahkan mereka dan kita mampu lakukan sendiri. Jika ada kuasa luar biasa sekali pun, ada masanya kita masih perlu bantuan, seperti kaca mata daripada Tony Stark.
Translate
Saturday, July 6, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment