Semalam, ayah tanya Auni, anak murid ayah, tentang lagu kegemarannya, Peluang Kedua, nyanyian Amir Hariz yang disukainya.
Ayah terfikir, kita sentiasa ada peluang kedua dalam hidup kita selagi kita bernafas. Antara perkara yang boleh kita buat jika mendapat peluang kedua adalah dengan menghargai ahli keluarga. Kita boleh mengetepikan telefon pintar kita pada waktu malam, jadikan malam masa yang berkualiti untuk keluarga kerana di siang hari kita sibuk dengan urusan kerja. Jika anak masih kecil, mereka cukup suka didukung di belakang, bukan setakat Adik, Along pun mahu didukung. Jika larat, boleh dukung isteri atau suami juga.😅
Peluang kedua tidak seharusnya dilepaskan pergi dengan begitu sahaja. Peluang kedua seharusnya kita gunakan untuk menggembirakan ahli keluarga kita.
Translate
Thursday, July 18, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sajak — Ujar Detik Yang Beredar
Pagi ini aku melihat pelangi di lantai bukan di langit pagi lewat bangkit dan sebelah kasut terselit kalut. Detik tak berkasut pantas melan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment