Semalam, pagi ada latihan tae kwan do. Cuma Along yang pergi,
Angah ada Kem Solat di sekolah.
Umi pula petang Jumaat ke perkhemahan unit beruniform di Cherok Paloh, bermalam di sana. Sabtu yang seronoknya di luar rutin hari bekerja. Di jalan pun tidak banyak sangat kenderaan pada waktu pagi. Balik rumah, sempat ayah lawan main dam dan catur dengan Angah dan Along sebelum lelap. Petang, umi balik. Along dan Angah lawan panjat pagar luar, nampaknya Angah semakin tangkas panjat dan turun dari pagar. Hampir maghrib, kami bergerak ke dan singgah di RNR Gambang. Angah mahu pisang. Dia tahu Achik dan Adik suka makan pisang.
No comments:
Post a Comment