Lepas maghrib, kami makan malam di rumah nenek.
Ada lauk kerang rebus cicah air asam. Kulit kerang selalu kita sebut 'cengkerang' tetapi ejaan sebenarnya 'cangkerang'. Kiasan yang berkaitan kerang yang selalu kita guna ialah kerang busuk yang bermaksud (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dengan tidak menentu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Lepas makan, minum pula air kopi 'o' panas dibancuh umi. Kopi serbuk Hang Tuah.
Selesai makan, kami meninggalkan nenek. Pasti nenek kembali sunyi. Begitu juga kami, sepi di dalam kereta, Achik dan Adik tinggal dengan opah buat sementara waktu. Kami meredah malam yang gelap seperti kopi 'o' ditemani lampu kereta dan lampu jalan.
Translate
Thursday, July 11, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment