Hari ini ada jamuan sempena persaraan Puan Sarifah (Penyelia Asrama). Sebelum ini Encik Saadon telah bersara.
Bagi yang bekerja, sampai masanya akan bersara. Sepanjang perjalanan yang bersimpang-siur untuk sampai ke simpang terakhir di hujung alam pekerjaan, banyak perkara yang akan kita lalui. Pengalaman yang kita lalui membuatkan kita mahir dalam melakukan sesuatu dan mahir berhubungan atau berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat. Kita juga tidak pernah jemu menyumbang tenaga dan bakti serta jasa kepada organisasi tempat kita berkhidmat.
'Hidup Berjasa'. Ini slogan yang meniti di bibir warga Semsas. Ini slogan yang paling tepat untuk menggambarkan pentingnya kehidupan diisi dengan kebaikan terhadap ahli keluarga dan orang di sekeliling kita demi agama, bangsa dan tanah air.
Translate
Friday, July 12, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

2 comments:
Assalamualaikum abg.
Cantik wajah blog baru.
Waalaikumussalam.Alhamdulillah, setakat yg mampu sahaja, bynk lg perlu bljr.
Post a Comment