Petang semalam berkonvoi dan berkampung di rumah Pok De dan rumah Mok de.Waktu pergi kena tengok anak-anak naik kereta mana, waktu balik pun sama, takut ada yang tertinggal, tertinggal barang itu biasa, tertinggal anak itu tak tahu nak dikatakan macam mana.
Penuh satu rumah, meriah. Apabila semua balik kampung, itulah saat indah, berkumpul sama-sama, makan sama-sama dan sembang sama-sama. Juadah pun banyak, penuh satu meja, mengunyah tak habis-habis, takoyaki ada, pisang goreng keju dan air sarsi air tangan Pok De pun ada. Dah semua ada, sesi bergambar tak dilepaskan. Agak-agak berapa kali diperlukan untuk mengambil gambar dalam keadaan anak-anak yang tak duduk diam?
Kadang-kadang, tunafoto (photobomb) itu menjadikan satu-satu gambar itu cukup bernilai kerana membuatkan kita dapat mengingati kisah menarik di sebalik gambar itu.
No comments:
Post a Comment