Isnin minggu lepas, kami bertemu, menguruskan buku teks.
Selesai kerja, empat bapa tanpa empat dara duduk di tepi sungai duduk semeja untuk bersarapan. Tatkala bertemu, berboraklah kami, bukannya duduk menjerat si ketamlah batu tetapi menanti juadah yang dipesan tiba satu per satu. Sabtu dan Ahad bersusun pelanggan di sini, menurut Cikgu Nasir. Bab makan-makan dan kedai makan, Cikgu Nasirlah orang yang paling sesuai untuk dirujuk. Ayah pun tak perasan akan kedai yang sudah lama tular ini, Roti Bakar Beserah, berhampiran Balai Polis Beserah. Banyak isu yang menjadi topik, banyak juadah yang mencetuskan selera di sini.
Jika mahukan roti untuk sarapan pagi, inilah tempat yang paling sesuai dan tepat di samping ada juga juadah lain yang menepati selera. Nikmatinya bersama-sama teman atau bersama-sama ahli keluarga. Ayuh!
No comments:
Post a Comment