Salah satu tanda cucu Opah dan Atuk balik kampung ialah kusyen kerusi rumah Opah penuh di atas lantai.
Nenek pun ada, pak su Apit dah ambil awal-awal lagi. Riuh-rendah bukan main, padahal cucu Opah yang balik hanya tujuh orang, belum lagi yang lima orang lagi balik. Main lawan-lawan sebab yang banyaknya pahlawan, srikandi hanya berdua. Letih berlawan, pakat cari air, pakat cari makanan. Hurung makanan dah macam semut. Adakalanya yang lain pun tumpang sekaki. Sedap pula dapat makan ramai-ramai.
Apabila pakat balik, mula rasa sunyi. Apabila riuh-rendah, kadang-kadang nak rasa sunyi. Apabila rasa sunyi, nak rasa riuh-rendah. Hidup ini memang misteri.
No comments:
Post a Comment