Banyak yang mahu kembar, tetapi tak semua dapat kembar.
Kembar itu salah satu anugerah untuk jadi lebih sabar. Tak percaya? Boleh adakan sesi dialog atau temu ramah dengan Pok Su dan Mok Su. Nak buat soal selidik pun boleh, ambil untuk satu semester, 3 jam kredit. Yang menjadi bakal menjadi suami atau sudah menjadi suami mungkin seronok melihat kembar. Maka, Ayah pun bertanyalah kepada Pok Su, "Waktu sekarang ni sempat tak main permainan video?" "Tak," inilah jawapannya. Waktu tidur pun ada masanya tak sama, seorang tidur, seorang bermain. Keselamatan diutamakan. Pok Su sentiasa ada tatkala keduanya-duanya bermain, apatah lagi di rumah Wan dan Atuk ada tangga. Teringat pula lagu Najwa Latif, "Kauada di kala kusuka, di kala kuduka, setiap tangisan dan juga ketawa."
Alhamdulillah, kembar atau tak kembar, anak satu rezeki yang sangat besar dan satu amanah apabila sudah berkeluarga. Insya-Allah, kita jaga ahli keluarga kita.
No comments:
Post a Comment