Apabila bertemu, banyak kata-kata, banyaklah kisahnya. Walaupun subjeknya sama, ceritanya lain-lain, walaupun ceritanya tentang kasut, saiz dan jenama pun dah tak sama.
Cikgu Hashim bercerita tentang kasut kesihatan. Kasut yang membuatkan kita rasa selesa memakainya dan kaki kita tidak rasa sakit memakainya kerana ada kasut yang seperti menggigit kaki kita. Rasa selesa itu yang membuatkan Ayah terkejut sewaktu menyarungkan kasut pada kaki pada satu pagi kerana seekor katak nampak cukup selesa di dalam kasut Ayah. Cikgu Aidil pastinya memilih kasut yang sesuai untuk berlari dan mengayuh, Cikgu Hamdan pula akan memilih kasut yang sesuai untuk beraksi di gimnasium. Ustaz Rozeli sudah tentu mahu kasut yang sesuai dan selesa untuk konvoi motosikal.
Jangan diremehkan kasut yang disarungkan pada kaki walau apa-apa pun rupanya kerana kasut yang disarung sudah semestinya memberikan keselesaan kepada empunya badan untuk beraktiviti serta membuatkan pemiliknya tersenyum sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment