Kekalahan yang mengejutkan dan kemenangan yang mengejutkan.
Huddersfield menewaskan Manchester United 2-1. Kekalahan pertama MU musim ini dan kemenangan pertama Huddersfield ke atas kelab utama Inggeris sejak 1952 menurut laporan Harian Metro (23 Oktober 2017).
Anak-anak pula apabila sudah seminggu bercuti, cukup susah untuk mengejutkan mereka. Bangun pagi waktu cuti pun tidak seawal hendak ke sekolah. Dikejutkan pun sudah dua tiga kali, masih menggeliat.
Ayah mencabut baju abang kedua. Dia menyuruh ayah memakaikannya semula. Jika ayah berkeras tidak mahu memakaikan semula baju kerana telah menanggalkannya, akan berpanjanganlah cerita. Ayah pun memakaikannya semula. Kemudian, dia mencabut kembali dan dia mengikut ayah ke bilik air.
Sesuatu yang mengejutkan, Insya-Allah akan berlaku dalam hidup kita. Mengejutkan anak, isteri atau suami serta rakan serumah pada setiap pagi pula ialah kerja sebahagian besar daripada kita.
Translate
Monday, October 23, 2017
Kejut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment