Sebut sahaja teh, pasti ayah teringat Cameron Highland. Seingat ayah, sewaktu tingkatan 6, ayah tidak mengikut rombongan ke Cameron Highland kerana peperiksaan STPM hampir tiba.
Ayah sampai ke Cameron Highland setelah bekerja. Dek kerana terlalu teruja, ayah berjalan kaki menuruni puncak Arabella ke Mardi. Disambut dengan bunga-bunga berwarna warni dan mencari-cari pokok teh. Sewaktu pergi bersama dengan umi dan anak-anak berserta opah dan atuk pula, kami singgah di Cameron Valley dan membeli teh hijau Cameron Valley.
Dalam Mingguan Malaysia hari ini pula menyatakan bahawa jika mengamalkan minum teh hijau kosong setiap masa sebelum makan dapat memberi kesan mujarab untuk menghilangkan masalah perut buncit (Estetik bersama dengan Dr. Rushmini Maris Ismail, Marissa Esthetic, Semenyih Sentral, Semenyih, www.marissaskin.my). Insya-Allah.
Translate
Sunday, October 15, 2017
Buncit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment