Tahun ini nampaknya juara buat kali terakhir di Litar Antarabangsa Sepang milik pelumba Red Bull Racing. Max Verstappen berjaya mengetepikan cabaran pendahulu kejuaraan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017, Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas yang menduduki tempat kedua.
Pernah sekali ayah menonton perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang. Ternyata ayah lebih selesa menonton di televisyen sahaja. Pada waktu itu, ayah tidak menyangka bunyi deruman enjin kereta-kereta lumba itu begitu kuat. Gegendang telinga ayah berasa seperti hendak pecah tanpa fon telinga.
Zaman ayah sekolah, pelumba Ferrari yang banyak menaiki podium. Yang ayah ingat ialah Alain Prost. Dan petang tadi, abang berasa gembira kerana dia mengayuh basikal menggunakan dua tayar.
Translate
Sunday, October 1, 2017
Terakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Luah
Ada, tapi tak semestinya kita nampak. Tanda itu wujud, peristiwa itu berlaku, tak mungkin kita nampak akan semuanya. Ayah ingatkan meluahkan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment