Apakah yang menarik perhatian ayah apabila ke sesuatu tempat? Salah satunya ialah lukisan kerana sebahagian kegemaran ayah ialah melukis.
Apabila ayah memarkir kereta di Teluk Cempedak, ayah tertarik dengan grafiti di situ. Daripada dinding dibiarkan kosong, amat molek diisi sesuatu seperti itu.
Zaman ayah belajar dahulu kami diminta menghasilkan karya dengan meniru karya pelukis-pelukis terkenal sebagai satu latihan. Ayah meniru karya Francisco de Goya, iaitu 'Still Life of Sheep's Ribs and Head, The Butcher's Counter'. Cabarannya ialah mencampurkan warna-warna asas untuk mendapatkan warna seperti warna asal lukisan.
Grafiti yang terpampang di dinding kedai Teluk Cempedak pula antaranya gambar burung dan anak ayam yang 'besar' (fazzfigura). Di rumah, umi dan ayah masih membiarkan 'grafiti' yang dihasilkan anak-anak di dinding.
Translate
Tuesday, October 3, 2017
Dinding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntut
Pagi tadi, sampai tempat kerja, Ayah tengok Ustaz Fuad sudah ada di luar surau sedang menunggu. Tak lama kemudian, yang ditunggu-tunggu pun...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Tanggal 28 September 2026 (Isnin), kita kehilangan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang berusia 100 tahun, Al-Fatihah. ...
-
"Ayah nak roti bakar?" tanya Achik. "Ayah dah kenyang, Ayah dah makan tiga juring kek," jawab Ayah. "Juring ...
No comments:
Post a Comment