Dugaan,ujian, cubaan dan segalanya kita hadapi selagi kita hidup. Ayah telah mengharungi sebahagian daripadanya dan tidak tahu apa-apa lagi yang bakal mendatang.
Di atas meja ayah, ayah abadikan kalendar daripada Makna (Majlis Kanser Nasional). Kalendar tahun itu cukup bermakna kerana di belakangnya mengabadikan gambar seorang anak muda hebat yang bernama Ahmad Nazri Hamzah yang menawan Kinabalu
(4095 m). Beliau hanya berkaki sebelah disebabkan kanser.
Benar peribahasa Melayu menyatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kecekalan dan ketabahan insan seperti Nazri mengagumkan ayah dan dia bagi ayah ialah insan yang benar-benar hebat.
Katanya, "Life doesn't stop just because you have cancer or just because you have one leg."
Ayat teringat kata-kata Sir Edmund Hillary (pendaki pertama Everest):
" Bukanlah gunung yang hendak kutawan tetapi diri sendiri."
Translate
Monday, August 1, 2016
Hebat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tindakan
And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment