Sudah banyak kali abang beritahu ayah. Dia minta ayah membelikan jam loceng untuknya.
Akhirnya, jam loceng itu dibeli ayah sewaktu ke kedai DIY. Sampai di rumah, mula-mula dia memasang bateri 'double A' tetapi jarum jam tidak bergerak. Setelah bateri ditekan sedikit oleh ayah supaya rapat, barulah jarumnya bergerak.
Dia mengunci jam pada pukul 4 pagi. Dia kata dia mahu bangun pukul 4 pagi dan pergi ke sekolah pukul 6 pagi. Ayah cakap kalau mahu bangun pukul 4 pagi mesti tidur awal.
Saat ini dia masih sibuk mengusung jam ke hulur ke hilir dan sudah beberapa kali dia mengubah tempat duduk jamnya itu.
Dia dan adik cukup tidak sabar untuk mendengar jam loceng itu menjerit.
Translate
Wednesday, August 31, 2016
4 Pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tindakan
And here we are still fighting for our lives Watching all of history repeat itself Time after time Saat pagi membaca tentang Putera Kegel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment