Translate

Monday, August 1, 2016

Syukur

Syukur Alhamdulillah. Emak sudah boleh keluar hospital. Namun begitu, emak masih perlu dirujuk ke hospital kerana ritma jantung tidak sekata.
    Selagi hidup manusia sentiasa diuji. Ayah pun tidak tahu perkara yang akan berlaku kepada ayah. Begitu juga orang lain. Namun begitu kita ada senjata utama. Begitulah seperti yang dibaca ayah. Senjata utama kita ialah doa. Bersama-samalah kita berdoa supaya kita dikurniakan rezeki yang begitu besar iaitu kesihatan.
      Terima kasih kepada yang mendoakan emak. Semoga emak dan wan cepat sembuh.

No comments:

Saat Hati Sedang Memandu

Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...