Roti planta sekeping berharga dua ringgit tiga puluh sen sekeping. Sementara menunggu roti planta sampai, anak-anak pergi basuh tangan. Along menekan punat dan membiarkan sabun cecair jatuh di atas tapak tangannya.
Di televisyen, Lin Dan sedang bertarung dengan K. Srikanth untuk merebut tempat ke separuh akhir badminton di Olimpik Rio. Lee Chong Wei sudah menunggunya. Masing-masing menumpukan perhatian. Ada yang rancak berborak. Ada yang sedang mengunyah. Ada yang sedang bermain Pokemon Go sambil merehatkan perut setelah kenyang.
Adik mula memanjat ke atas meja. Begitu juga di rumah. Mata perlu sentiasa berjaga-jaga kerana pantang lepa, adik akan berada di atas meja.
Roti canai sampai, tangan adik pun cepat 'sampai'. Dia memang tidak sabar kalau pasal makanan.
Translate
Wednesday, August 17, 2016
Roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saat Hati Sedang Memandu
Mentari menyala di pucuk kayu di bawah awan putih biru kelabu ingin kutangkap saat indah saat hati sedang memandu kuabaikan kalbu merayu...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment