Translate

Monday, July 27, 2026

Benar


Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu  pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada sudut yang dilihat dan kepercayaan yang sudah tertanam.
         Benar itu melibatkan fakta. Sebab itu banyak yang cuba menyorokkan fakta dan sering memutarbelitkan fakta kerana ada udang udang di sebalik batu. Benar itu wajib disebar luas supaya diketahui semua dan akhirnya semua dikelilingi harmoni. Benar yang senantiasa cuba ditutupi dan seboleh-bolehnya mahu dikambus sedalam-dalamnya berpunca daripada niat yang terselindung — cuba disolek agar cantik di luar, jelas buruk dan busuk di dalam.  Bau busuk tetaplah mengapung dan pantas bertebar.
        Benar itu benih yang baik kerana tumbuh subur walau tidak disiram. Benar tak dapat diubah sebab wujudnya fakta atau bukti yang sahih. Bagi yang waras, benar itu menumbuhkan teladan dan buahnya manis untuk dinikmati bersama-sama.

No comments:

Benar

Membaca dan mengkaji sangat penting supaya kita tahu yang benar. Ada anggapan bahawa benar itu  pahit dan menyakitkan, bergantung jua pada s...