Pagi ini, teh hijau, selalunya Ayah minum kopi.
Pagi-pagi sudah main masak-masak, Ayah membantunya meraikan tetamu pagi ini, seekor T-Rex, Doraemon, Pikachu, Jerry kawan Tom dan ada yang lain. Ayah tinggalkannya di bilik, Umi pula membantu Adik melayani tetamunya. Sambil meneguk teh hijau, Ayah membaca, Ayah jumpa dalam portal berita Sinar Harian (17 April 2019, ditulis Azimah Ghazali), artikel yang bertajuk '1001 Manfaat Teh Hijau'. Perunding Kesihatan D' Jue Wellnes, Dr. Siti Juariah Kusni menyatakan bahawa teh hijau antara minuman berkhasiat di dunia ini.
Mahu jadi lebih bijak? Teh hijau dapat perbaiki fungsi otak. Kombinasi kafein yang rendah dengan L-theanine dapat meningkatkan fungsi otak. Menikmati pembacaan sambil menikmati teh hijau 'Ahmad Tea', kombinasi yang menarik.
No comments:
Post a Comment