DAP sering membuatkan kita tidak keruan.
Adakalanya kita saling membenci kerana DAP. Bukankah kata orang, benci itu tanda sayang? Ada juga istilah yang berbunyi 'marah-marah sayang'. DAP kadang-kadang membuatkan kita lupa untuk bersyukur kerana berterusan memandang ke puncak, tidak mahu menunduk memandang ke lembah. DAP ada masanya membuatkan kita lupa, siapa kawan dan siapa lawan. DAP ada saatnya membuatkan kita sangsi terhadap diri sendiri dan orang lain. DAP juga menyebabkan kita sering berkira-kira dan terus mengira-ngira tentang keputusan yang kita ambil dan keputusan yang kita terima kerana keputusannya mungkin menggembirakan dan keputusannya mungkin mengecewakan.
Kakak Fatin pun DAP. Di alam permainan (DAP) hujung minggu, Kakak Fatin muncul membawa nasi lemak, menyertai kami bermain Saidina, hiruk-pikuk dibuatnya, di alam permainan yang penuh debaran.
No comments:
Post a Comment