Alhamdulillah,
Aidilfitri menjelma.
Pagi yang tidak bergegas ke masjid, datang awal untuk mendapatkan parkir atau untuk mendapat saf di dalam masjid. Pagi ini, Pak Ngah Imam, kami makmum. Sebelum itu, masing-masing bersarapan, ada sate, ada nasi himpit, ada lemang, ada lemang, ada lemang periuk kera dan ada nasi dagang. Selepas solat, sesi yang ditunggu-tunggu selain sesi dapat duit raya. Sesi ini yang agak sukar kerana sesi ini memerlukan emosi yang stabil dan memerlukan arahan yang jelas.
Kadang-kadang terpaksa diulang berkali-kali, akan ada tunafoto (photobomb) kerana sengaja atau tidak sengaja. Kadang-kadang, inilah keindahannya. Ada cerita di sebalik tunafoto. Ini baru raya!
No comments:
Post a Comment