'Lapar' itu membuatkan Wan bergegas menggoreng kentang dan nuget, sedangkan kami sudah bersiap untuk balik.
Angah menyebut perkataan itu di saat enjin sudah dihidupkan dan semua barang telah dimasukkan ke dalam kereta. Di pertengahan perjalanan, terasa kereta semakin berat, stereng berat ke sebelah kanan. Kereta diberhentikan, pancit tayar di sebelah tempat pemandu, betul-betul kempis. Raya tahun lepas, tayar kempis sedikit dan masih boleh bertahan, itu di Kota Gelanggi.
Kereta berhenti di simpang, Umi dan anak-anak menapak balik ke rumah. Ada yang menggalas beg dan menjinjing barang. Seperti yang diberitahu Umi, anak jiran menjerit memanggil ibunya memberitahu, ada yang mahu datang beraya.
No comments:
Post a Comment