Petang semalam ayah ke Tunas Manja di Bandar Putra. Wow! Panjangnya barisan.
Hari sebelumnya sudah ke kedai runcit, mana-mana barang yang tidak ada, beli di pasar raya, TMG paling hampir. Barisan yang panjang bukanlah sebab yang kukuh untuk ayah terus menunggu. Ayah meneruskan perjalanan ke tempat biasa. Biasanya kami membeli di Pasar Raya Darul Makmur ( PDM) di Bazar Teruntum sambil singgah makan sup daging sebelum tempoh PKP. Sunyi sepi, tidak ada pelanggan, ayah seorang sahaja. Lega rasanya, tidak perlu tergesa-gesa. Kemudian,singgah di TMG Tanjung Lumpur, tidak perlu beratur.
Sampai di rumah, sepasang gembala kerbau sepertinya membina sarang di hujung bumbung, keluar dan masuk dari situ. Tidak ada lagi pelepah kelapa untuk gembala kerbau melompat-lompat, ayah suruh Mat tebang, sudah lama tidak berbuah.
No comments:
Post a Comment